Diusir Kerana Berpakaian Seksi
Sydney: Gara-gara berpakaian mencolok mata, seorang wanita cantik berasal dari Itali diminta meninggalkan sebuah restoran di Pantai Bondi di sini.
Mirror UK melaporkan, wanita itu, Martina Corradi meluahkan kekecewaannya terhadap layanan diterima di Facebook (FB).
Menerusi hantaran dimuat naiknya, Martina berkata dia dihampiri seorang kakitangan iaitu pelayan selepas memasuki restoran berkenaan bersama teman lelakinya.
“Saya berasa sangat malu dan tersinggung dengan layanan diterima ketika itu.
“Ini kerana pelayan itu menegur pakaian dan mengatakan saya tidak boleh berada di situ (dalam restoran).
“Dia turut memanggil pengurusnya untuk menegur pakaian saya jadi saya mohon kamu berikan pendapat,” tulisnya di FB.
Perkongsian Martina menarik perhatian hingga tular di media sosial dengan rata-rata warganet berpihak kepadanya.
“Pakaian itu tidak sesuai dipakai di pejabat dan tiada salahnya. Malah, kamu kelihatan sangat cantik,” tulis seorang warganet di ruangan komen.
Namun, ada juga warganet memberi pandangan bahawa ada beberapa restoran yang menetapkan peraturan dan etika pemakaian kepada pelanggan. – Agensi-HM
Sumber: Metro
You must be logged in to post a comment.