KJ jadi mangsa jalan berlubang, sekali netizen suruh bawa ke parlimen
MENTERI Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin cedera ringan ketika melakukan aktiviti riadah berbasikal hari ini.
Khairy Jalamuddin berkongsi gambar insiden tersebut di Twitter dengan wajahnya yang cedera selepas kejadian. Terdapat kesan lebam dan bercalar di dahi, bahagian hidung dan juga di pipi sebelah kanan mukanya.
Selain itu dia turut berkongsi gambar lubang yang dilanggarnya. Lubang tersebut kelihatan agak dalam terletak di tengah jalan yang bertar.
Dia turut berkongsi gambar basikalnya yang tercampak jauh dan hampir masuk ke dalam longkang yang terletak berhampiran jalan.
“Pothole, ditch, KJ. 2020 keeps giving,” ciap Khairy Jamaluddin ringkas bagi menggambarkan insiden yang berlaku.
Sementara ramai yang mendoakan agar Khairy Jamaluddin cepat sembuh namun beberapa orang pengikut Twitternya menggesa Khairy Jamaluddin untuk membawa isu jalan berlubang yang berbahaya kepada pengguna itu kepada pihak berkuasa.
Ada antara mereka yang gemar melakukan aktiviti riadah berbasikal juga mengalami insiden yang sama.
“Sementara duk jadi menteri ni tolong la ambil benda ni serius bawa isu ke Parliamen banyak kali report dekat Pihak Berkuasa Tempatan, Jabatan Kerja Raya buat tak endah ja. Takkan nak harap Lando Brotherhood . Ni gambar saya accidents jalan macam tokang pecah,” kata @iamzulsyauqi.
“Naik motor lagi bahaya bila langgar lubang dan saya pernah laluinya dahulu sampai tersungkur, langgar lubang besar plak tu,” kata Zaidi Zainal.
“Macam tu la rakyat bawahan ni rasa hari-hari.Tu baru sikit,” komen Abdul Rani Kulup Fans.
“Potholes on jalan raya are taking motorist life, it happens in city or kampung. Is that under JKR responsibility? Do something government,” pinta @twitterhoven.
“Where dis at? whichever MP slacking off with maintaining the roads gotta take the blame and be fined,” saran @xyberdrooper.
“Baguslah selamat, cedera sikit saja. Lepas accident macam tu mesti sedar berapa buruk ada lubang di jalan raya kan? Bolehlah fikirkan kesengsaraan rakyat di Sabah dan Sarawak yang jalan raya semua berlubang. Hari-hari mesti masuk minimum satu lubang,” komen @king_katak. SM
KJ kemuka usul bahas tarikh peralihan kuasa perdana menteri? (Updated : KJ NAFIKAN)
You must be logged in to post a comment.