Empat cedera tembakan di Berlin

BERLIN – Sekurang-kurangnya empat individu cedera terkena tembakan dalam satu kejadian di daerah Kreuzberg, Berlin awal pagi tadi, lapor saluran berita BBC News.

Polis dalam satu kenyataan berkata, orang awam malaporkan kepada pihak berkuasa selepas mereka terdengar bunyi tembakan sekitar pukul 4 pagi waktu tempatan.

Keempat-empat mangsa dilaporkan berumur antara 30 hingga 42 tahun yang mana salah seorang daripada mereka dipercayai diselamatkan dari Terusan Landwehr dan mengalami luka tembakan di kaki.

Semua mangsa cedera yang terdiri daripada empat orang lelaki telah dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Selain itu, Pihak Pejabat Peguam Berlin berkata, insiden mungkin dilakukan oleh sekumpulan penjenayah terancang dan sepasukan penyiasat sedang meneliti insiden berkenaan.

Media Jerman melaporkan, pasukan polis bersenjata ditempatkan di lokasi kejadian bagi mengawal kawasan berkenaan.

Beberapa keping gambar di tempat kejadian memaparkan kesan tembakan di pintu sebuah bangunan bertentangan dengan ibu pejabat Parti Sosial Demokratik.

Bagaimanapun, polis masih lagi menyiasat jumlah individu yang terlibat dalam kejadian berkenaan. Agensi

Tembakan pada bangunan Kedutaan Arab Saudi

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker