Al-Fatihah: Datuk Railey Jeffrey Meninggal Dunia

Bekas Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Railey Jeffrey, meninggal dunia di kediamannya di Petaling Jaya dekat sini, petang tadi.

Bekas Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Railey Jeffrey.

Bekas Ahli Parlimen Silam berusia 75 tahun itu menghembuskan nafas terakhir jam 5.30 petang dan jenazahnya akan dikebumikan malam ini.

Pemergian Allahyarham dimaklumkan adiknya, Kemley Jeffrey, menerusi satu hantaran di Facebook, hari ini.

Kemley melalui hantaran sama meminta semua pihak mendoakan semoga roh arwah ditempatkan bersama orang beriman dan beramal soleh.

Beliau juga pernah menjadi Timbalan Menteri Penerangan antara 1986 hingga 1995 pada era kerajaan dipimpin Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri ketika itu.

Sementara itu, bekas Naib Presiden Persatuan Cocos Sabah (PECOS), Ishak Harry, ketika dihubungi BH memaklumkan menerima berita kematian Railey yang juga presiden pertama PECOS, daripada seorang ahli keluarganya di Lahad Datu, Sabah petang tadi.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker