Rajinikanth dimasukkan ke hospital

Terkini di My KMU !!!!---->

HYDERABAD: Pelakon legenda India, Rajinikanth sedang menerima rawatan di Hospital Apollo di Hyderabad kerana mengalami tekanan darah tidak stabil.

Lapor The Indian Express dengan memetik kenyataan pihak pengurusan Hospital Apollo, beliau dimasukkan ke hospital tersebut pada pagi ini.

Menurut kenyataan itu, Rajinikanth menjalani penggambaran sebuah filem Tamil baharu di Hyderabad sejak 10 hari lalu.

Namun, penggambaran itu terpaksa diberhentikan sementara pada Rabu lalu selepas beberapa kru produksi filem itu dikesan positif jangkitan Covid-19.

Jelas kenyataan tersebut, Rajinikanth juga telah melakukan ujian saringan Covid-19 pada 22 Disember lalu dan hasil keputusannya menunjukkan negatif.

Sejak itu, beliau menjalani kuarantin kendiri dan dipantau secara teliti.

Rajinikanth Sah Ceburi Politik

“Walaupun beliau tidak mengalami sebarang gejala Covid-19, tekanan darahnya menunjukkan keadaan tidak stabil dan memerlukan pemeriksaan lanjut. Atas sebab itu, beliau dimasukkan ke hospital.

“Beliau akan dipantau rapi dari semasa ke semasa sehingga tekanan darahnya stabil semula sebelum dibenarkan keluar dari hospital,” jelas kenyataan itu.

Tambah kenyataan itu, selain masalah tekanan darah, Rajinikanth tidak mempunyai gejala lain dan hemodinamik beliau stabil.

Rajinikanth atau nama sebenarnya Shivaji Rao Gaekwad menjalani penggambaran filem Tamil, Annaatthe di Hyderabad sejak 14 Disember lalu.

Pada awal minggu ini, sebanyak empat kru filem itu dikesan positif wabak Covid-19.

Rajinikanth yang lebih mesra dikenali sebagai `Superstar’ baharu sahaja menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-70 pada 12 Disember lalu.

Pelakon dan ahli politik itu mengumumkan akan menubuhkan parti politiknya sendiri menjelang Januari tahun depan. – AGENSI

Kemungkinan besar DUN Kelantan tak dibubar jika PRU

Leave a Reply