Betul Ke Pengguna Android Di Malaysia Perlahan-Lahan Beralih Kepada iPhone?

Apabila memilih untuk membeli telefon pintar, citarasa sistem operasi antara Android dan iOS telah menjadi antara faktor utama penentu keputusan akhir pembelian.

Di Malaysia, majoriti pengguna masih menggunakan sistem operasi Android. Namun begitu, statistik dan laporan terkini dari Statcounter menunjukkan perkongsian pasaran Android semakin menurun berbanding tahun lepas.

Pada masa yang sama pengguna iOS semakin meningkat menandakan pengguna perlahan-lahan telah beralih citarasa.

Jika melihat pada November 2019, pengguna sistem operasi Android adalah sebanyak 83.44% manakala iOS pada 16.06%. Setahun kemudian pula jumlah Android menurun kepada 75.53% sementara iOS meningkat kepada 23.13%.

Statistik ini agak signifikan kerana pada tahun sebelumnya pengguna Android meningkat daripada 76.77% kepada 83.44% manakala pengguna iOS menurun dari 22.29% kepada 16.06%.

Jika melihat kepada faktor perubahan perkongsian pasaran ini, tahun ini Apple telah memperkenalkan beberapa buah model termasuk iPhone SE (2020) yang mampu milik.

Dengan pelbagai variasi model yang diperkenalkan terutamanya model iPhone 12 sehingga 4 model, semestinya pengguna lebih mudah untuk memilih model mana yang lebih mengena dengan citarasa mereka.-Budiey

Android and iOS users to gain access to 117 new emoji

Pengguna Android diberi amaran segera padam 23 aplikasi ini

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker