Studio Rumah Kebun

RUMAH kecil yang dibina pasangan guru ini bukan sahaja menjadi rujukan penuntut dalam negara tetapi juga dari luar negara.

Uniknya, rumah yang terletak di Proton City, Tanjung Malim, Perak itu dikenali Studio Rumah Kebun (SRK) menjadi tempat guru Pendidikan Seni Visual (PSV), Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Slim, Abd Rahim Abd Jabbar, 43 dan isterinya, Zarina Abdullah, 39, iaitu guru PSV SMK Datuk Zulkifli Mohamad menghasilkan karya seni catan.

Abd Rahim berkata dia mewarisi darah seni daripada ayahnya seorang pengecap batik telekung dan sejak itu timbul minat mendalam untuk mendalami seni halus sejak zaman kanak-kanak lagi.

Katanya, selepas tamat pengajian Ijazah Sarjana Muda Seni Halus dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam, Selangor dia bekerja sebagai pelukis sepenuh masa di Kompleks Kraf Jalan Conlay, Kuala Lumpur.

“Ketika itu ramai pelajar dan siswa institut pengajian tinggi datang melihat serta menunjukkan minat mempelajari seni catan yang saya hasilkan menyebabkan timbulnya keinginan menjadi seorang guru.

“Apabila bergelar seorang guru, berkahwin dan berpindah ke sini, saya bersama isteri membina SRK di sebelah kediaman sebagai tempat untuk berkarya,” katanya ketika ditemui, baru-baru ini.

 

ZARINA tekun menggarap idea untuk karya seni catannya.
ZARINA tekun menggarap idea untuk karya seni catannya.

 

Hasil karya seni pasangan ini yang juga memiliki Ijazah Sarjana Pendidikan Seni dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) turut memenangi pertandingan dalam dan luar negara.

Malah, pasangan ini juga sering menyertai pameran seni di dalam negara dan peringkat antarabangsa hinggakan nama†mereka begitu sinonim dalam kalangan pelukis.

“Pada masa sama, saya lebih gemar menghasilkan karya seni catan berkonsep abstrak melalui pandangan visual dan persekitaran bagi mencetuskan ekspresi diri serta pemikiran,” kata Abd Rahim.

Sementara itu, Zarina pula berkata, sebagai guru dan artis seni dia berbangga kerana masih terdapat ramai generasi muda di negara ini meminati seni catan.

 

SEBAHAGIAN terjemahan seni catan.
SEBAHAGIAN terjemahan seni catan.

 

Katanya, situasi ini memberi dorongan kepada mereka untuk terus menghasilkan catan dan berkongsi ilmu pengetahuan supaya karya seni catan terus mendapat tempat dalam kalangan orang muda.

“Memang tidak dapat dinafikan karya seni catan berbentuk abstrak agak sukar difahami atau diadaptasi mereka yang bukan dalam kalangan peminat seni.

“Berbeza dengan suami, saya lebih berminat menghasilkan karya seni catan berkonsep nyata kerana apabila melihat tajuk catan sekali gus kita dapat mengapresiasikan mesej tersirat atau tersurat dalam karya terbabit.

 

ABD Rahim bersama salah satu karyanya.
ABD Rahim bersama salah satu karyanya.

 

“Catan yang dihasilkan kami menggunakan cat minyak dan akrilik di atas kanvas selain mempunyai makna, motif, mesej, gambaran dan kritikan secara ekpresi,” katanya.

Zarina berkata SRK itu kini sering menjadi tempat pelajar di dalam mahu pun

luar negara untuk mempelajari seni catan menyebabkan mereka berdua terharu dengan pengiktirafan itu.

Terbaru, ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), Zarina berjaya menghasil karya seni catan melalui ekspresi terhadap mereka yang terkesan dengan penularan pandemik Covid-19.

Seni khat atau tulisan jawi?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker