Saya gembira dengan harga dari Pfizer, kata KJ

Selepas menteri Belgium mendedahkan di Twitter bahawa Kesatuan Eropah (EU) membeli vaksin Pfizer dengan harga 12€ (RM59.43), Menteri Sains dan Teknologi Khairy Jamaluddin memberi bayangan kerajaan juga membayar harga lebih kurang sama untuk mendapatkan dos dari syarikat farmaseutikal Amerika.

Menerusi satu sidang media hari ini, Khairy berkata dia gembira dengan harga yang ditawarkan oleh Pfizer.

“Saya nak jadi setelus yang boleh. Saya hendak beritahu rakyat Malaysia bahawa saya gembira dengan harga yang kita dapat dari Pfizer, jika saya boleh bercakap tentang harga itu sekarang.

“Meskipun berdasarkan pendedahan harga vaksin itu kepada EU, saya sudah amat senang dengan harga (yang diperoleh ketika ini) dan itu juga sudah memadai. Saya hampir melanggar perjanjian kerahsiaan (ditandatangani antara Malaysia dan Pfizer),” katanya.

Vaksin Pfizer berkesan 95 Peratus – MOSTI

Dia berkata demikian bagi mengulas kegusaran pihak pembangkang susulan peruntukan kerajaan sebanyak RM3 billion untuk membeli vaksin terbabit.

Khairy juga mendedahkan bahawa kerajaan akan membelanjakan sebanyak RM2.05 bilion untuk memberi suntikan vaksin kepada 26.5 juta orang atau 82.8 peratus populasi penduduk negara ini.

Kos tersebut merangkumi tiga perjanjian yang ditandatangani dengan Covax, Pfizer dan AstraZeneca bersama tiga syarikat lain.

Bagi AstraZeneca khususnya, Khairy berkata syarikat farmaseutikal itu bersetuju untuk menjual vaksin mereka dengan harga kos.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker