Malaysia antara sepuluh ekonomi dunia yang dijangka pulih pada 2021

KUALA LUMPUR: Malaysia tersenarai sebagai antara sepuluh ekonomi membangun dunia yang dijangkakan pulih, malah mampu menepati jangkaan pada tahun 2021.
Menurut kajian oleh Bloomberg, Malaysia terletak di tangga kelima dengan jangkaan peningkatan keluaran dalam negara kasar (KDNK) sebanyak 6.8 peratus pada 2021.
Dalam pada itu, Malaysia terletak di tangga sepuluh tertinggi dalam indeks perintah berkurung atau Lockdown Index 49.2, berbanding Thailand, Russia, Korea Selatan dan Taiwan iaitu kurang 25.0 bagi indeks berkenaan.
Namun, secara keseluruhan, Thailand menduduki tempat pertama dan diikuti Russia, Korea Selatan, dan Taiwan.
Kajian berkenaan telah melibatkan 17 pasaran membangun dan 11 garis penentu untuk menilai prestasi pertumbuhan ekonomi sesebuah negara.
Laporan Bloomberg itu turut berkata, Malaysia merupakan hab pelaburan utama bagi syarikat-syarikat dari China, Singapura, Amerika Syarikat (AS), Switzerland dan Belanda.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker