[VIDEO] Ini Respon Penonton Dan Netizen Selepas Ustaz Ebit Lew Dapat Anugerah WIRA MeleTOP di AME 2020

Sebut sahaja nama Ustaz Ebit Lew, pasti ramai mengenali figura ini yang sering menjadi inspirasi masyarakat. Walaupun pernah berputus asa dek kerana kecaman segelintir individu, namun ia tidak mematahkan semangat pendakwah tersebut untuk terus menghulurkan bantuan.

Rangkul Anugerah Wira MeleTOP pada hari lahir, dapat tepukan gemuruh

Siapa menyangka sifat peribadi tersebut juga telah melayakkan Ebit Lew untuk merangkul Anugerah Wira MeleTOP pada malam tadi.



Lebih menarik perhatian, dia sempat memberikan ucapan yang nyata menyentuh hati orang ramai di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) itu.

Bukan sahaja membawa pulang trofi serta wang sebanyak RM10,000, malah dia bersyukur kerana rezeki itu diberikan pada hari ulang tahun kelahirannya.

Semasa beri ucapan, semua penonton didapati berdiri sebagai tanda sokongan kepada Ustaz Ebit.

VIDEO DIBAWAH:-



Sempat bagi pesanan untuk anak-anak muda (swipe left)

Sementara itu, Ebit Lew turut berharap agar program MeleTOP menjadi satu saluran yang boleh menyebarkan kebaikan. Selain gembira menjadi sebahagian daripada idola masyarakat, dia turut mengingatkan anak muda supaya tidak tinggalkan ibadah yang wajib walaupun seronok berhibur.

Datang AME pakai jubah je… memang layak pegang anugerah tu

Ruangan komen bukan sahaja dibanjiri dengan pelbagai reaksi, malahan rata-rata netizen turut mengatakan Ebit Lew layak merangkul anugerah tersebut. Selain memuji personalitinya yang humble, mereka juga memberikan ucapan sempena hari lahirnya.



Sumber News

Kamal lamar Uqasha dalam program ‘live’



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker