Khaled terkejut bertukar portfolio

Khaled terkejut bertukar portfolio

Naib presiden Umno Khaled Nordin “terkejut” apabila terlibat dalam rombakan Jemaah Menteri diumumkan Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Khaled, menteri pengajian tinggi ditukar portfolio menerajui Kementerian Pertahanan, menggantikan Mohamad Hasan, yang dilantik menteri luar negeri.



Dalam rombakan diumumkan Anwar, Zambry Kadir dilantik menjadi menteri pendidikan tinggi.

“Saya masih terkejut dengan pengumuman rombakan Kabinet diumumkan perdana menteri hari ini. Kena tunggu majlis rasmi baharulah sah bertukar portfolio,” katanya menurut Berita Harian selepas menghadiri majlis di Putrajaya.

Rombakan Jemaah Menteri menyaksikan seorang lagi naib presiden Umno, Johari Ghani dilantik menteri perladangan dan komoditi.

Selain itu, Ketua Wanita Umno Noraini Ahmad dilantik timbalan menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat. FMT



Khaled terkejut bertukar portfolio

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Artis seksi akhiri zaman janda, bakal nikah kerabat Raja



Zainal tak malu mengaku guna botox

Liza Hanim kecewa bakat tidak dihargai



GV10: Ella ‘lost’ nak pilih juara



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker