‘Dekat Situ Memang Orang Bawak Laju…’ – Pakcik Susun Kon Kena Langgar, Tangan Sampai Nampak Isi Dalam!
Seorang pekerja lelaki dipercayai telah dilanggar ketika sedang menyusun kon jalan. Menerusi gambar tersebut jelas menunjukkan mangsa sedang menahan kesakitan berikutan kemalangan yang dialaminya.
Kejadian tersebut berlaku di lebuh raya Pasir Gudang. Namun, terdapat perselisihan faham yang menyatakan mangsa telah dilanggar ketika sedang menyelenggara jalan itu.
Slow lah masing-masing!
Nampak orang buat kerja atas jalan tu. slow lah memasing. Walau nyawa kami ni kau anggap murah, tapi kat rumah tu ada yang tunggu kami balik. Lokasi highway Pasir Gudang. Team selia selanggara.
Menerusi kapysen yang dimuat naik oleh lelaki itu, menceritakan mangsa yang berusia seperti 50-an telah dilanggar ketika sedang membuat jalan raya di Pasir Gudang. Difahamkan, mangsa (pakcik) itu bekerja di bawah syarikat Selia Selanggara.
Malahan, perkongsian ini turut dikongsi di laman Twitter dan mendapat pelbagai respon yang mengecam tindakan pemandu yang bertindak melanggar mangsa.
Kat situ memang bawa laju
Menerusi ruangan balas di Twitter, rata-rata warganet yang pernah melalui jalan tersebut menceritakan keadaan jalan tersebut yang ‘sibuk’ dan keadaan jalan itu sendiri yang telah ‘uzur’ . Tambahan pula, terdapat pengguna yang lain menyatakan rata-rata pemandu yang menggunakan jalan tersebut akan memandu dengan laju.
Tidak berakhir di situ, ada yang menggelarkan lebuh raya tersebut sebagai ‘berhantu’ kerana kerap terjadinya kemalangan di situ.-OHBulan
Sumber: Shahrul Izwan & Twitter
You must be logged in to post a comment.