Britain berdepan pengasingan, sempadan ditutup
Negara-negara di seluruh dunia menutup sempadan mereka kepada Britain pada Isnin kerana kebimbangan terhadap ancaman varian baru coronavirus baru yang sedang menular di negara itu pada kadar segera. Ini menyebabkan perjalanan menjadi kacau bilau dan meningkatkan prospek kekurangan makanan beberapa hari sebelum Britain dijadual untuk meninggalkan Kesatuan Eropah.
India, Pakistan, Poland, Sepanyol, Switzerland, Sweden, Rusia, Jordan dan Hong Kong menggantung perjalanan ke atas rakyat Britain setelah Perdana Menteri Boris Johnson memaklumkan bahawa varian virus yang telah mutasi telah dikenal pasti di negara itu. Arab Saudi, Kuwait dan Oman menutup sempadan mereka sepenuhnya.
Beberapa negara lain menyekat perjalanan dari Britain pada hujung minggu, termasuk Perancis, Jerman, Itali, Belanda, Austria, Ireland, Belgium dan Kanada – walaupun para pakar berkata, varian baru virus itu mungkin sudah merebak di negara-negara tertentu yang mempunyai kaedah pengesanan yang kurang maju berbanding Britain.
Perancis menutup sempadannya dan melarang kemasukan orang dan lori dari Britain, – ini adalah hubungan perdagangan darat yang paling penting di Eropah.
You must be logged in to post a comment.