Raja Permaisuri Agong berangkat ke Majlis Tahlil Allahyarhamah Tun Rahah

Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah (dua dari kanan) membaca surah Yasin selepas solat maghrib pada Majlis Tahlil Allahyarhamah Tun Rahah Mohamed Noah di Masjid Ar-Rahah, Kampung Kerinchi, hari ini, dengan turut kelihatan ialah isteri kepada Datuk Seri Najib Razak, Datin Seri Rosmah Mansor

KUALA LUMPUR: Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, berkenan mencemar duli berangkat ke Majlis Tahlil Allahyarhamah Tun Rahah Mohamed Noah di Masjid Ar-Rahah, Kampung Kerinchi, di sini, hari ini.

Keberangkatan tiba baginda pada jam 6.55 petang tadi disambut oleh anak Allahyarhamah, Datuk Seri Najib Razak yang juga bekas Perdana Menteri, bersama isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.

Tunku Azizah berkenan menunaikan solat maghrib diikuti bacaan Yasin dan tahlil yang dipimpin oleh imam Masjid Ar-Rahah, Khairul Haffiz Abd Halim.

Seri Paduka kemudian berkenan menunaikan solat isyak yang diimamkan oleh Khairul Haffiz sebelum meluangkan masa bersantap dan berangkat meninggalkan majlis pada jam 9.40 malam.

 

Keberangkatan tiba Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, disambut dan diiringi bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, bersama isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, pada Majlis Tahlil Allahyarhamah Tun Rahah Mohamed Noah di Masjid Ar-Rahah, Kampung Kerinchi hari ini. - Foto BERNAMA
Keberangkatan tiba Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, disambut dan diiringi bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, bersama isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, pada Majlis Tahlil Allahyarhamah Tun Rahah Mohamed Noah di Masjid Ar-Rahah, Kampung Kerinchi hari ini. – Foto BERNAMA

 

Hanya sebilangan kecil jemaah hadir pada malam ini selaras prosedur operasi standard (SOP) berikutan penularan wabak COVID-19.

Tun Rahah, 87, meninggal dunia di Pusat Perubatan Prince Court, kelmarin, dan diberikan penghormatan Istiadat Pengebumian Negara di Lingkaran Makam Pahlawan di Masjid Negara, semalam.

Allahyarhamah adalah balu kepada Perdana Menteri kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein. – BERNAMA

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker