Kamal lamar Uqasha dalam program ‘live’

PUTRAJAYA: Pelakon Kamal Adli membuat kejutan apabila melamar kekasihnya, Uqasha Senrose di pentas ketika siaran langsung Anugerah Meletop Era (AME) 2020 di Pusat Persidangan Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, malam tadi.

Sambil melutut di hadapan aktres terbabit, Kamal, 34, melafazkan kata lamaran dengan menyerahkan sebentuk cincin.

“Uqasha Senrose, sudikah awak menjadi isteri saya?” katanya.

Tampak terkejut dengan aksi gandingannya dalam drama Perempuan Tanpa Dosa itu, Uqasha membalas:

“Awak promosi drama baharu kitakah?”

Kamal kemudian mengulang soalannya sebelum Uqasha, 28, menjawab ‘yes’ sambil disambut sorakan penonton.

 

Kamal melutut di hadapan Uqasha lalu melamar kekasihnya di pentas AME 2020, malam tadi. Foto Ihsan AME 2020
Kamal melutut di hadapan Uqasha lalu melamar kekasihnya di pentas AME 2020, malam tadi. Foto Ihsan AME 2020

 

Hubungan baik pasangan selebriti ini menarik perhatian ramai lebih-lebih lagi selepas mereka digandingkan dalam drama Setelah Terlafaznya Akad, tahun lalu.

Beberapa bulan lalu, pengarah drama Perempuan Tanpa Dosa, Michael Ang dilaporkan secara tidak sengaja bertanya kepada Kamal dan Uqasha apakah mereka mengikuti kursus perkahwinan di Kuantan, Pahang, ketika penggambaran drama terbabit.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker