Syarikat palsukan logo halal, bekalkan daging akan didedah

Antara kotak-kotak baharu yang ditemui di sebuah gudang kartel di Senai, Johor dipercayai akan digunakan untuk tujuan pembungkusan semula daging sejuk beku yang diimport dari sumber negara yang tidak sah.

Kerajaan akan mendedahkan nama syarikat bekalkan daging yang dikesan memalsukan logo halal selepas proses pendakwaan selesai dilakukan.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Rosol Wahid berkata, maklumat syarikat yang terbabit membekalkan daging itu tidak boleh didedahkan kepada umum kerana tidak mahu mengganggu siasatan.

Katanya, kes itu akan dibawa ke mahkamah dalam tempoh terdekat dan selepas proses pendakwaan selesai baru nama syarikat yang terbabit dalam memalsukan logo halal akan didedahkan.

“Saya difahamkan minggu depan kes itu akan dibawa ke mahkamah dan selepas proses itu kita akan mendedahkan nama syarikat berkenaan.

“Kita dinasihatkan supaya tidak mendedahkan dahulu nama syarikat itu disebabkan masih dalam siasatan,” katanya selepas melawat mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) di Kampung Menerong dan Kampung Paya Besar, di sini, hari ini.

Awal bulan ini, Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) mengetuai serbuan membabitkan sebuah syarikat yang menyeludup daging ke negara ini dan membungkus semula daging dengan menggunakan logo halal palsu.

Mengulas lanjut, Rosol berkata, setakat ini hanya satu syarikat sahaja yang difahamkan dikenakan tindakan mengenai kesalahan itu.

Difahamkan, berdasarkan siasatan awal, daging itu diseludup masuk ke negara ini datangnya dari Brazil, China, Ukraine dan Argentina. HM

Kartel tukar daging haram jadi halal

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker