Pelbagai perancangan dalam lima tahun jika BN menang – Ismail

Pelbagai perancangan dalam lima tahun jika BN menang – Ismail

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pelbagai perancangan memanfaatkan rakyat akan dilaksanakan dalam tempoh lima tahun akan datang jika Barisan Nasional (BN) menang pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) ini.

Ismail Sabri berkata, dalam masa setahun empat bulan, kerajaan berjaya membawa rakyat keluar daripada pandemik Covid-19.



“Kita mempunyai masa setahun empat bulan, waktu amat singkat, dan ketika saya mengambil alih, isu terbesar adalah nyawa manusia.

“Kita berdepan 24,000 kes positif Covid-19, kita berdepan beratus kematian harian, kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) di hospital hampir lumpuh, jadi fokus kita peringkat awal isu Covid-19, sektor ekonomi semua ditutup, kita nak buka semula.

“Kita berjaya turunkan Covid-19 sehingga semua sektor dibuka rakyat hidup seperti biasa tapi kita hanya ada satu tahun empat bulan,” katanya dalam sidang akhbar selepas program ramah mesra bersama penduduk Bandar 32 di sini hari ini.

Ismail Sabri menambah, jika diberikan mandat pada PRU15 ini, beliau berjanji lebih banyak perancangan untuk rakyat akan dilaksanakan dalam tempoh lima tahun. K Online



Pelbagai perancangan dalam lima tahun jika BN menang – Ismail


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Sebak bersendirian di pelamin



SCRUT dedah syarikat yang melibatkan Muhyiddin dan ahli keluarga

Tiket Konsert BLACKPINK Di Malaysia ‘Sold Out’ Dalam Masa 30 Minit



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker