Pru15 : Kenyataan Asyraf Wajdi bukan wakili pendirian sebenar UMNO- Takiyuddin



Sebaran :

Kenyataan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkaitan perbincangan mengenai pengagihan kerusi antara Pas, UMNO dan Perikatan Nasional (PN) tidak mewakili pendirian sebenar parti UMNO.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan menjelaskan bahawa sebarang kenyataan rasmi berhubung urusan berkenaan terutama membabitkan kerjasama Muafakat Nasional (MN) antara Pas dan UMNO hanya boleh dibuat Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau turut menegaskan bahawa pembentukan MN adalah sebagai wawasan ke arah penyatuan ummah, dan sentiasa terbuka untuk menerima mana-mana pihak yang mempunyai wawasan yang sama.



“Saya kira Asyraf Wajdi bukan Presiden UMNO, biar Presiden UMNO yang buat kenyataan tu, sebab Pas sendiri, Ketua Pemuda Pas tidak pernah buat kenyataan seperti itu, jadi saya rasa kenyataan tu bukan mewakili UMNO. Saya tidak perlu komen.

“(Kerjasama) Muafakat Nasional masih berterusan, setiap bulan kita akan bermesyuarat, jadi Muafakat Nasional adalah satu wawasan. Dia macam 1Malaysia, jadi Muafakat Nasional itu (adalah) wawasan penyatuan ummah, dia bukan satu parti politik, gabungan politik tetapi wawasan yang sentiasa hidup, UMNO dan Pas dan mana pihak yang menerima penyatuan ummah tu boleh menerima Muafakat Nasional,” katanya.

Takiyuddin berkata demikian ketika ditemui media selepas Majlis Perjumpaan bersama Datuk Bandar dan Yang diPertua (YDP) Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Kedah di Pejabat Daerah Baling, pada Ahad.
Dalam pada itu, beliau turut menjelaskan bahawa pihaknya masih melakukan perbincangan bersama UMNO dan Perikatan Nasional berhubung pengagihan kerusi bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15.
Tambahnya, sebarang keputusan rasmi berkaitan perkara berkenaan hanya akan diputuskan selepas Parlimen dibubarkan kelak.



Takiyuddin turut menyatakan bahawa pihak Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) juga ketika ini bersedia bagi menghadapi sebarang kemungkinan termasuk PRU-15 yang dijangkakan berlaku dalam masa terdekat.

Pada Jumaat, Asyraf Wajdi menerusi satu kenyataan menyatakan bahawa perbincangan mengenai pengagihan kerusi pilihan raya di antara UMNO dan Pas tidak lagi membabitkan dua parti itu kerana Pas sudah secara rasmi menyertai Perikatan Nasional (PN) sebagai parti komponen.

Menurut beliau, kerjasama UMNO dan Barisan Nasional (BN) dengan PN untuk Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) kelak akan banyak bergantung kepada soal persefahaman dalam pengagihan kerusi. Awani



Kerusi PRU-15: UMNO tak akan runding terus dengan PAS, tetapi menerusi PN, kata Asyraf


Sebaran :


One thought on “Pru15 : Kenyataan Asyraf Wajdi bukan wakili pendirian sebenar UMNO- Takiyuddin

  • Kenyataan Takiyuddin macam satu pelempang ke pipi Asyraf Wajdi, budak yang berlagak macam dia presiden umno. Pemimpin2 ketot seperti Asyraf ni lah membuat orang melayu meluat kat Umno. Kat kampung sendiri pun tersembam tak laku masa pilihanraya, tapi masih berlagak.

    Reply

Leave a Reply