Vincent Tan puji JDT jalin kerjasama dengan UNICEF

KUALA LUMPUR: Pemilik Cardiff City, Tan Sri Vincent Tan tanpa berselindung memuji kepimpinan Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang telah berjaya meletakkan nama Malaysia di dalam peta bola sepak dunia.

Baru-baru ini, satu lagi sejarah tercipta dalam negara selepas Johor Darul Ta’zim (JDT) mengumumkan kerjasama antarabangsa dengan UNICEF sekaligus menjadi kelab pertama Asia bekerjasama dengan sebuah organisasi terkemuka dunia itu.

UNICEF adalah sebuah badan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang memberi bantuan kemanusiaan dan pembangunan kepada kanak-kanak di seluruh dunia.



Justeru, Vincent optimis kerjasama ini bukan sahaja mendapat pengiktirafan daripada jenama-jenama terkemuka antarabangsa, malah menaikkan nama Malaysia dan JDT di seluruh dunia.

Katanya, beliau cukup mengagumi kepimpinan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang sekali lagi mengangkat martabat Liga Malaysia dalam peta bola sepak dunia.

“Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Tunku Ismail di atas kejayaan kerjasama dengan UNICEF di mana ini adalah satu pencapaian cukup hebat dan boleh sebaris bersama Barcelona dan Manchester United yang juga memiliki kerjasama dengan UNICEF.

“Sudah pasti pencapaian ini bakal membuka mata banyak pihak kepada JDT dan bola sepak Malaysia dan sekali lagi saya mengagumi kejayaan Tunku Ismail bersama JDT.



https://mykmu.net/2018/03/13/laporan-unicef-tidak-benar-mahdzir/

“Pandemik COVID-19 telah melukakan industri bola sepak dunia tetapi saya percaya sebaik kewujudan vaksin nanti, bola sepak akan kembali bangkit dan kita semua akan mengatasi masalah yang disebabkan pandemik ini,” katanya.

Kelmarin, pemilik JDT, Tunku Ismail mendedahkan kerjasama bersama UNICEF ini tidak semestinya membabitkan wang ringgit sahaja tetapi ia akan membantu memupuk kesedaran dan menaikkan nama JDT di seluruh dunia.

“Mentaliti saya dan sesetengah pihak dalam negara berbeza. Sebagai contoh, semua kelab boleh menandatangani pemain bola sepak tetapi bukan semua kelab mendapat pengiktirafan daripada jenama-jenama terkemuka antarabangsa.



“Kejayaan komersial, jenama dan aset kelab adalah yang pertama. Jikalau kelab tiada duit, kelab tidak dapat menandatangani pemain dan tanpa pemain yang bagus, pasukan tidak dapat mencapai kejayaan di dalam padang.

“‘Brand awarenes’ juga bermaksud pengiktirafan bahawa peranan JDT adalah lebih besar daripada hanya sebuah kelab bola sepak,” katanya.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker