PN setuju tubuh Majlis Presiden

Parti dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) bersetuju sebulat suara menubuhkan Majlis Presiden yang akan dianggotai ketua parti masing-masing.

Kata sepakat itu dicapai dalam mesyuarat antara ketua parti hari ini yang dihadiri Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi, Presiden PAS Abdul Hadi Awang, Presiden MCA Wee Ka Siong, Presiden SUPP Sim Kui Hian dan Presiden PBB Maximus Johnity Ongkili.

“Platform itu untuk membincangkan dasar kerajaan dan mengukuhkan kerjasama antara parti dalam kerajaan,” kata Sekretariat Setiausaha Agung Parti-Parti Dalam Kerajaan PN, Hamzah Zainudin dalam kenyataan.

Mesyuarat dipengerusikan Pengerusi PN, Muhyiddin Yassin itu turut bersetuju penubuhan sekretariat dianggotai setiausaha agung parti dalam PN.



“Pada mesyuarat itu juga, parti-parti dalam PN membincangkan pembentukan sebuah kerjasama politik yang kukuh bagi mewujudkan kestabilan politik demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara,” katanya.

Pada 28 Nov lalu, Muhyiddin ketika menyampaikan ucapan dasarnya pada perhimpunan agung tahunan PPBM berkata, sudah tiba masanya sebuah Majlis Presiden dianggotai ketua parti kerajaan dibentuk. FMT

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker