Anwar, Wan Azizah ziarah ibu Najib

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menziarahi Tun Rahah Mohamed Noah di Pusat Perubatan Prince Court di sini hari ini.

Presiden PKR itu melawat ibu kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bersama isterinya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

“Saya dan Azizah sempat menziarahi bonda kepada Datuk Seri Najib Razak petang tadi yang kurang sihat.

“Mendoakan agar bonda beliau lekas sembuh dan kembali diberi kekuatan, insya Allah,” ciapnya dalam Twitter hari ini.

Tun Rahah juga isteri kepada bekas Perdana Menteri, Tun Abdul Razak Hussien.

Sebelum itu Tan Sri Muhyiddin Yassin meluangkan masa menziarahi Tun Rahah Mohamed Noah yang sedang mendapatkan rawatan di Pusat Perubatan Prince Court di sini.

Leave a Reply