Warga Singapura Hilang Ketika Mendaki Gunung Parit Barat Ditemukan Selamat

Warga Singapura Hilang Ketika Mendaki Gunung Parit Barat Ditemukan Selamat

Kota Tinggi: Lelaki warga Singapura yang dilaporkan hilang ketika mendaki Gunung Panti Barat, Batu Ampat di sini, semalam, sudah ditemukan selamat petang tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora berkata, Neo Thiam Ming, 40 ditemukan dalam keadaan selamat jam 4.20 petang.

“Mangsa dapat keluar sendiri dari hutan dan datang semula ke lokasi di mana polis membuka pusat kawalan tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Thiam Ming dilaporkan hilang sejak semalam selepas menghubungi talian kecemasan 999 pada jam 7.10 malam memaklumkan dia tersesat jalan.

“Turut membantu dalam pencarian ini ialah polis, Jabatan Perhutanan Negeri Johor dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

“Mangsa turun sendiri dalam keadaan selamat pada jam 4.20 petang. Mangsa seterusnya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya.HM

Warga Singapura Hilang Ketika Mendaki Gunung Parit Barat Ditemukan Selamat

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Sifu Pemasaran Koyak Selepas Ditanya Soal Kejayaan Bisnes Terdahulu ( Video)

Mat Sabu, Chin Tong dulu rasmi projek yang digantungkah? – Najib

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker