Seorang Nelayan Di Sabak Bernam Terkejut Bila Terjumpa Seekor Ikan Yang Berkepala Buaya

Sebuah laman Facebook memuat naik status memaklumkan, seorang nelayan menemui ikan ganjil berkenaan.

Status itu mendapat pelbagai tanda reaksi dan komen daripada pengguna Facebook lain.



Pemilik akaun Facebook menggunakan nama, Muhammad Aizat memberitahu, spesies ikan itu dikenali ‘Alligator Gar’.

Seorang nelayan pantai di sini terkejut apabila menemui spesies ikan berkepala buaya di Perairan Sabak Bernam berhampiran Kampung Sungai Lang di sini hari ini.

“(Ini spesies) Alligator Gar. Habitat asal Sungai Amazon,” katanya.



GAMBAR SAMA MACAM DALAM CARIAN GOOGLE?

Hasil semakan Sinar Harian mendapati beberapa gambar yang dimuat naik itu sama dengan gambar pada imej enjin carian Google.

Sementara itu, Sinar Harian sedang mendapatkan pengesahan daripada Jabatan Perikanan berhubung penemuan itu.

KOMEN NETIZEN:



“Bela comel dlm aquarium.. Dh besar tak larat bela lepas ke sungai.. Alligator gar.. Sangat tidak bertanggungjawab sbb hbs spesis tempatan dia mkn”

“Rasanya masa pernah berlaku banjir besar di Johor, Ikan macam ni di temui di kaw Sri Gading dekat dgn Jambatan timbang.”

“Telur ikan ini adalah beracun..sungguh senang membiak kerana tiada ikan yang dapat memakan telur ikan ini…kalau ikan ini dah banyak maka habislah ekosistem ikan kita”



Terbaru….

Ikan berkepala buaya dikenal pasti spesies Alligator Gar

SABAK BERNAM – Jabatan Perikanan Selangor mengesahkan seorang nelayan pantai mendaratkan seekor ikan dipercayai spesies ‘Alligator Gar’ di Perairan Sabak Bernam, berhampiran Sungai Lang pada Ahad lalu.

Pengarahnya, Abdul Rahman Abdul Wahab berkata, ikan ganjil yang telah mati itu tersangkut pada pukat hanyut milik nelayan terbabit.

Menurutnya, nelayan itu kemudian mengeluarkan ikan daripada jaring dan meletakkannya di atas jalan.



“Nelayan tersebut tidak dapat mengenal pasti spesies ikan tersebut.

“Siasatan mendapati ikan terbabit telah dijual kepada warga Bangladesh,” katanya kepada Sinar Harian di sini hari ini.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan seorang nelayan pantai di sini terkejut apabila menemui spesies ikan berkepala buaya di Perairan Sabak Bernam berkenaan.

Sebuah laman Facebook memuat naik status memaklumkan seorang nelayan menemui ikan ganjil berkenaan.-TrendingAllMHI



Kredit: Sinar Harian

Kejutan ular dua kepala

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker