Nama Stadium Di Kedah Curi Perhatian Dunia, Tampil Di Akhbar United Kingdom

Sejak hujung minggu lalu hangat diperkatakan mengenai sebuah stadium mini di Kuala Nerang, Kedah yang didakwa menggunakan nama salah seorang pegawai yang merasmikannya sebagai nama stadium.

Individu berkenaan yang dikenali sebagai Hakim Ariff Md Noor bagaimanapun menafikan dakwaan nama stadium itu Ffira Mikah adalah namanya yang diterbalikkan.

Apa Kes….Kecoh Stadium Guna Nama Pegawai Daerah

Beliau yang juga merupakan Pegawai Daerah Padang Terap menjelaskan nama itu mempunyai maksud yang tersirat dan nama stadium berkenaan telah pun ditukar kembali kepada Stadium Mini Kuala Nerang.

Kini, selepas beberapa hari laporan berita mengenai nama stadium itu diterbitkan di akhbar tempatan dan seperti sudah tiada yang membicarakannya, ia bagaimanapun membuat kemunculan di sebuah akhbar dalam talian di United Kingdom iaitu The Independent.

independent

KERATAN TAJUK LAPORAN BERITA OLEH THE INDEPENDENT.

Artikel berkenaan yang bertajuk Malaysian official who renamed stadium denies title is his name backwards, insists it is ‘Spanish or Greek diterbitkan sejak semalam dan mula dikongsikan kembali netizen-netizen di negara ini.

Ia bagaimanapun difahamkan hanya melaporkan kembali penafian pegawai berkenaan mengenai isu dan juga penjelasan maksud sebenar di sebalik nama stadium itu seperti yang dilaporkan Sinar Harian sebelum ini.

The Independent adalah sebuah akhbar dalam talian dari United Kingdom dengan hampir 10 juta pengikut di Facebook dan 3.4 juta pengikut di Twitter-TheVocket

Akhirnya papan tanda Mini Stadium Ffira Mikah diturunkan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker