Johor dapat peruntukan tambahan RM150j untuk pascabanjir

Johor dapat peruntukan tambahan RM150j untuk pascabanjir

Kerajaan akan menyalurkan peruntukan tambahan sebanyak RM150 juta bagi projek pascabanjir di negeri Johor.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Kementerian Kewangan (MOF) akan menyegerakan peruntukan tersebut bagi meringankan beban Kerajaan Negeri dan mangsa-mangsa banjir di Johor.

Selain itu, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, Mesyuarat Kabinet telah memutuskan agar semua jentera kementerian melibatkan diri dalam program pascabanjir di Johor.

“Kita dapati mangsa banjir (di Johor) mencecah 82,831 mangsa. Manakala, seramai 26,879 mangsa masih berada di 102 PPS yang dibuka di Johor.

“Ada peruntukan tambahan sebanyak RM150 juta daripada MOF yang akan disegerakan, dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi telah turun dan kenal pasti projek (pascabanjir) bersama Menteri Besar Johor (Datuk Onn Hafiz Ghazi) serta Kerajaan Negeri Johor,” kata Perdana Menteri pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Kabinet di Bangunan Perdana Putra, di sini, pada Jumaat.

Hadir sama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadhilah Yusof.

Perdana Menteri menambah, setakat ini seramai 16,167 Ketua Isi Rumah (KIR) telah menerima bantuan wang ihsan sebanyak RM1,000.

Dalam pada itu, Anwar mengajak semua badan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), universiti serta sukarelawan dari jabatan kerajaan untuk turun segera bagi mengurangkan beban jentera di Johor.

“Saya telah hubungi Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dan Kerajaan Negeri Selangor untuk berikan bantuan segera.

“Sekarang pascabanjir perlu sukarelawan ramai dan keperluan asas lain serta kemudahan seperti alat penyembur air atau ‘water jet’.
“Semua peralatan tersebut akan ditambah oleh kerajaan,” kata Perdana Menteri.

Semalam, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar memohon Kerajaan Persekutuan untuk menyalurkan peruntukan khas selepas situasi banjir di negeri itu reda.

Baginda bertitah peruntukan khas tersebut bagi membaik pulih infrastruktur awam dan harta benda yang telah rosak dan musnah akibat banjir. Aw

Johor dapat peruntukan tambahan RM150j untuk pascabanjir

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Uqasha kesal dituduh pembuli zaman sekolah

Checklist Ramadhan Yang Patut Diamalkan

Penyondol tak berjaya goda saya – Jalaluddin

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker