Gesa MP muslim usulkan di Parlimen mansuh sekolah vernakular

Tolak parti politik tak serius wujudkan sekolah satu aliran dalam PRU15

Biarpun berulang kali desakan dibuat, isu sekolah vernakular belum menemui titik nokhtah selagi kerajaan tidak bertegas mewujudkan sekolah satu aliran.

Kerajaan bertukar tetapi sekolah vernakular masih kekal – walhal ia menghalang pembentukan identiti nasional, selain mewujudkan pengasingan etnik di negara ini.

Atas dasar itu, Naib Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA), Cikgu Izzat Johari menggesa Ahli Parlimen muslim mengemukakan usul supaya kuasa Menteri Pendidikan dikembalikan untuk menukar semua sekolah vernakular kepada sekolah kebangsaan.

“Tepat. Saya menggesa semua Ahli Parlimen Islam (kemukakan usul),” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net hari ini.

Pada masa sama, beliau yakin bahawa majoriti rakyat bersetuju dengan pendidikan sekolah satu aliran.

Lupakan sekolah 1 aliran selagi pemimpin Melayu tak tegas

“Mungkin ada yang ingat, saya menyentuh isu sekolah vernakular adalah bermusim atau secara ikutan. Anda silap.

“Majoriti rakyat Malaysia, yang betul-betul rakyat Malaysia akan bersetuju untuk sekolah satu sistem atau dipanggil sekolah kebangsaan sahaja,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menggesa rakyat menolak mana-mana parti politik yang tidak berminat atau tidak serius dalam isu berkenaan.

“Kita boleh tolak pada PRU15 akan datang, boleh? Saya tanya sahaja, jangan melatah,” katanya.

Sebelum ini, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) dan Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (iGuru) antara gerakan yang memfailkan writ saman berhubung keabsahan sekolah vernakular.

Presiden ISMA, Haji Aminuddin Yahaya menegaskan, sudah tiba masanya mahkamah meletakkan satu titik pengakhiran terhadap sekolah vernakular yang sejak dahulu lagi mewujudkan polemik dalam memupuk perpaduan kaum di Malaysia. ISMA

Sekolah vernakular tidak cukup sifat kebangsaan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker