Agong perkenan isytihar darurat bagi PRK Gerik dan Bugaya – Muhyiddin

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah berkenan untuk mengisytiharkan darurat bagi Bahagian Pilihan Raya Parlimen (P.054) Gerik, Perak dan Bahagian Pilihan Raya Negeri (N.66) Bugaya, Sabah.

Menurut Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Sultan Abdullah memperkenankan perkara itu selepas berpuas hati dengan adanya keperluan berbuat demikian.

“Seri Paduka Baginda berpuas hati bahawa adanya keperluan Pengisytiharan Proklamasi Darurat berdasarkan Fasal (1) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan bagi memasyhurkan Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu)(No. 2) 2020 Sn Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) (No.3) 2020 di bawah Fasal (2B) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan yang membolehkan Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi (P.054) Gerik dan (N.66) Bugaya telah dijadualkan pada 16 Januari 2021 dibatalkan dan ditangguhkan ke suatu tarikh yang akan ditentukan kelak,” katanya dalam satu kenyataan media pada Rabu.

Kerajaan mengisytiharkan darurat di Parlimen Gerik, Perak dan DUN Bugaya, Sabah sekaligus membatalkan pilihan raya kecil yang dijadualkan berlaku 16 Jan 2021.



Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dalam kenyataan berkata Yang di-Pertuan Agong bersetuju adanya keperluan mengisytiharkan darurat, selepas menilai kesan pilihan raya diadakan semasa pandemik Covid-10 masih menular.

“Jemaah Menteri berpandangan kedua-dua PRK ini perlu dielakkan atas faktor ancaman kesihatan awam, ancaman ke atas kehidupan ekonomi, dan ancaman ketenteraman awam,” katanya.

Kerajaan akan minta Agong isytihar darurat di Gerik, Bugaya



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker