RUU Perbekalan : Kerajaan menang lagi, PH dan seangkatan terus kecewa

Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2021 bagi bacaan kali ketiga berjaya diluluskan di Dewan Rakyat hari ini melalui undian belah bahagi.

Belanjawan 2021 yang pertama dibentang di bawah kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin itu mendapat undi menyokong daripada 111 ahli Parlimen manakala 108 ahli Parlimen menolak dan seorang tidak hadir.

Belanjawan 2021 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan, Senator Dato’ Seri Tengku Zafrul telah pada 06 November lepas diluluskan oleh Dewan Rakyat, sebentar tadi.

Sepaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Harun ketika mengumumkan berkata, seramai 111 Ahli Dewan Rakyat menyokong, 108 tidak menyokong, dan 1 orang tidak hadir pada sesi undian yang dijalankan melalui undian belah bahagia.

Pada sesi undian, Ahli Parlimen Gua Musang, YBM Tengku Razaliegh Hamzah tidak hadir, manakala kerusi Parlimen Batu Sapi dan Grik kosong akibat kedua-dua ahli YB meninggal dunia.

Pengundian Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2021 di Dewan Rakyat ditentukan menerusi undian belah bahagian.

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Mohd Rashid Hasnon telah memutuskan sidang diberi tempoh selama 10 minit.

Ia selepas dua minit loceng pertama dibunyikan bagi membolehkan ruang masa diberi kepada Ahli Parlimen untuk berada dalam Dewan.

Undian belah bahagian dijalankan selepas lebih 15 Ahli Parlimen bangun menyokong supaya RUU itu diputuskan menerusi belah bahagian.

Sokong 111
Tidak sokong 108
Tidak hadir 1

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker