Dua Adun PAS Perak antara lima yang dilantik sebagai EXCO



Sebaran :

Kedua-dua bekas exco PAS dalam pentadbiran Ahmad Faizal Azumu dilantik semula oleh kerajaan Perak bawah Saarani Mohamad daripada UMNO.

Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria dan ADUN Selama, Akmal Kamaruddin, mengangkat sumpah jawatan di hadapan Sultan Nazrin Shah di Istana Kinta petang tadi.

Pelantikan ini menyusuli pertemuan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang dengan Sultan Nazrin pagi tadi. PAS sebelum ini memohon ampun baginda kerana mengarahkan Razman dan dua ADUNnya membatalkan pertemuan dengan Sultan Nazrin selepas dititah.



Keputusan itu diambil selepas Faizal, yang juga timbalan presiden PPBM, tersingkir dari jawatan menteri besar menerusi usul percaya yang dibawa UMNO.

Pelantikan dua ADUN PAS sebagai exco melengkapkan jemaah kerajaan negeri bawah pimpinan Saarani, yang juga ketua UMNO Perak.

Turut dilantik semula Ahmad Saidi Mohamad Daud dari UMNO (Changkat Jering), dan dua ahli politik PPBM, Nolee Ashilin Mohamed Radzi (Tualang Sekah) dan Abdul Yunus Jamahri (Kuala Kurau).



Khamis lalu, lima ADUN mengangkat sumpah jawatan exco iaitu empat daripada UMNO dan seorang daripada PPBM.

Mereka adalah Zainol Fadzi Paharuddin (Sungai Manik), yang juga bekas penasihat Faizal; Zolkafly Harun (Lintang), Shahrul Zaman Yahya (Rungkup), Dr Norashikin Wan Noordin (Kampong Gajah), dan Khairul Shahril Mohamed (Bota).

Istiadat angkat sumpah disaksikan Hakim Mahkamah Tinggi Ipoh, Hisham Hashim. FMT



Exco Perak : Tak mungkin MB akan meninggalkan PAS


Sebaran :


Leave a Reply