‘Crazy Rich Asian’ – Gaya Hidup Serba Mewah Fashionista Ezurin Khyra
Bergaya, mewah dan kekal jelita walaupun sudah mencecah umur 48 tahun. Beliau digelar “Crazy Rich Asian’ kerana kemewahan dan gaya hidupnya yang sangat luar biasa. Artis dan juga model yang mesra disapa sebagai Princess E atau Baby Ezurin pada era tahun 90-an ini memang sangat popular dengan gaya hidup serba mewah dan eksklusifnya itu.
Nama sebenarnya ialah Ezurin Yusnita Bt Abdul Malik yang dilahirkan pada 6 Jun 1972 di Pulau Pinang dan beliau dibesarkan di Petaling Jaya, Selangor. Beliau memang terkenal dengan bentuk badan yang menarik walaupun sudah mempunyai 4 orang putera dan seorang puteri.
Ezurin Khyra merupakan seorang pelakon dan model yang cantik, tinggi lampai yang banyak menghiasi majalah dan iklan komersil pada tahun 90-an. Beliau juga dikatakan pernah bekerja dengan syarikat MAA Berhad dan dari situlah beliau bertemu jodoh dengan suaminya, Tunku Dato’ Yaa’cob, yang juga merupakan seorang pengarah kepada MAA Berhad.
Pada tanggal 9 September 1999, Ezurin Khyra berkahwin dengan Tunku Dato’ Yaa’cob, yang juga seorang kerabat diraja Negeri Sembilan dan usahawan berjaya sebagai isteri kedua.
Ketika itu Tunku Dato’ Yaa’cob sudahpun berkahwin dengan seorang model kacukan Jepun Amerika, Mary Miyoko Sears atau Cik Angela Abdullah dan mereka dikurniakan dua orang puteri iaitu Tunku Elana Khyra yang lahir pada tahun 1992 dan Tunku Leana Khyra pada tahun 1998. Tunku Yaa’cob dan Mary Miyoko Sears telah sah bercerai pada tahun 2004.
Perkahwinan Ezurin Khyra dan Tunku Yaa’cob dikurniakan 5 orang anak. Tunku Ama’an Khyra pada tahun 2000, Tunku Nadya Khyra pada tahun 2001, sepasang kembar lelaki Tunku Oma’an Khyra dan Tunku Ima’an Khyra pada tahun 2002 dan anak bongsu meraka iaitu Tunku Rmaan Khyra pada tahun 2007. Mereka juga telah bercerai pada tahun 2017.
Gaya hidup mewah dan bergaya yang sering dikongsikannya di laman sosial peribadi miliknya itu sentiasa menjadi perbualan hangat netizen.
Pakaian Berjenama
Kehidupan Ezurin Khyra memang diimpikan oleh semua orang kerana sebagai seorang puteri, dia sentiasa ditemani oleh jurusolek dan penata rias setiak kali dia keluar negara mahupun hanya di dalam negara.
Kehidupannya begitu mengujakan kerana setiap waktu dia sentiasa kelihatan anggun dengan pakaian yang mahal. Netizen sering menjadikan fesyen Ezurin sebagai topik perbincangan hangat kerana fesyennya yang agak berani dan pakaiannya itu hanya direka khas untuk dirinya sahaja oleh pereka fesyen terkenal antarabangsa.
Perjalanan Mewah
Kehidupannya yang sangat mewah boleh dikatakan seumpama melancong dan melawat negara di seluruh pelusuk dunia ini sangat mudah dan dekat. Beliau akan memuatnaik setiap perjalanan hariannya.
Kehidupan Ezurin tak ubah seperti beliau sedang bersarapan di Paris, kemudian makan tengahari di Milan dan seterusnya makan malam di Bali. Terbang kesana sini dengan menaiki pesawat mewah tanpa perlu memikirkan apa-apa kos. Percutian menaiki kapal mewah yang dikongsikannya juga umpama menaiki kereta sahaja. Itulah yang menunjukkan beliau layak digelar ‘Crazy rich Asian’.
Pengajian Anak-Anak Di Luar Negara
Kelima-lima cinta hatinya semuanya belajar di London. Walaupun Ezurin selalu terbang mengelilingi dunia, namun dia tetap cekap dalam mendidik kelima-lima anaknya terutama dalam bab pembelajaran. Walaupun kelima-lima putera dan puterinya dihantar ke United Kingdom untuk menuntut ilmu, Ezurin tetap menerapkan nilai-nilai ketimuran di dalam diri anak-anaknya.
Sahabat Di Kalangan Artis Antarabangsa
Ezurin yang dikenali dengan fesyen yang berstatus tinggi ini tidak asing lagi dalam kalangan pereka fesyen dan selebriti terkenal antarabangsa. Antara sahabat baik Ezurin ialah Lionel Richie, Kim Kardashian dan ramai lagi.
Jemputan VVIP Ke Majlis Berprofil Tinggi
Dari majlis hari jadi selebriti ternama, majlis pembukaan butik pereka fesyen terkenal sehinggalah ke majlis pertunjukan fesyen yang berprofil tinggi, nama Ezurin sentiasa ada dalam senarai jemputan terhormat. Kehadiran Ezurin ke majlis-majlis tersebut dengan penampilan yang bergaya juga sentiasa mencuri tumpuan jurugambar di seluruh pelusuk dunia.
Begitulah kehidupan mewah Ezurin Khyra yang asalnya hanya seorang model biasa, kemudiannya menjadi sosialit dan ikon fesyen yang dikenali di serata dunia.-Murai
You must be logged in to post a comment.