Gandingan veteran Mahathir -Ku Li tawar khidmat selamatkan negara

Veteran politik Dr Mahathir Mohamad dan Tengku Razaleigh Hamzah menjalin kerjasama dan menawarkan khidmat mereka bagi menyelamatkan negara yang didakwa ditadbir kerajaan lemah.

Mahathir, yang juga bekas perdana menteri, dan Tengku Razaleigh, bekas menteri kewangan, mengumumkan gandingan mereka pada sidang media di Yayasan Al-Bukhary di ibu negara petang tadi.

Dua ahli politik ini berseteru pada 1980-an ketika dalam UMNO, yang membawa keapda pengharaman parti Melayu itu dan penubuhan Semangat 46.

Mahathir percaya pengalaman mereka dalam Kabinet, terutama ketika beliau menjadi perdana menteri selama 22 tahun sebelum ini, boleh dimanfaatkan untuk memajukan Malaysia.



“Seperti kita tahu negara mengalami banyak masalah..sistem kerajaan pun tidak berjalan baik. Kerajaan hanya ada dua kelebihan dua undi sahaja. Ahli politik hanya jaga (kepentingan) politik untuk menjaga kedudukan mereka.

“Kami berpendapat supaya dasar memajukan negara diperkenalkan bukan untuk diri sendiri dan parti. Kami bincang untuk kerjasama…saya ada sedikit pengalaman, begitu juga Tengku Razaleigh yang boleh disumbang supaya negara kembali maju,” katanya. FMT

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker