Arsenal kekal rekod sempurna tujuh kemenangan berturut-turut

Arsenal kekal rekod sempurna tujuh kemenangan berturut-turut

Arsenal kekal rekod sempurna tujuh kemenangan berturut-turut
JESUS (tengah) gol bersama rakan pasukan. -FOTO AFP

Milan: Arsenal meneruskan rekod sempurna tujuh kemenangan berturut-turut dalam Liga Juara-Juara (UCL) selepas menewaskan Inter Milan 3-1 di San Siro, awal pagi tadi dengan Gabriel Jesus meledak dua gol pada separuh masa pertama sebelum Viktor Gyokeres melengkapkan kemenangan lewat permainan.

Kemenangan itu mengesahkan kedudukan Arsenal dalam dua teratas fasa liga, sekali gus memberi kelebihan beraksi di laman sendiri pada perlawanan timbal balik kedua sehingga ke separuh akhir. Arsenal kini menerajui carta dengan 21 mata, enam mata di hadapan Bayern Munich yang dijadualkan menentang Union Saint-Gilloise awal pagi esok.

“Saya sangat berbangga dengan pasukan.

“Sebelum perlawanan kami menyatakan perlukan persembahan istimewa dan pemain membuktikannya hari ini. Kami menaikkan tahap permainan, dan melakukannya di San Siro menentang antara pasukan terbaik Eropah adalah sesuatu yang luar biasa,” kata pengurus Arsenal, Mikel Arteta.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

‘Orang Kelantan Usahlah Berdalih Lagi, Jangan Ego’


Jesus memanfaatkan penampilan pertamanya dalam saingan musim ini dengan penuh bergaya apabila membuka jaringan pada minit ke-10 sebelum kembali meletakkan Arsenal di hadapan menjelang rehat, selepas Petar Sucic menyamakan kedudukan. Gyokeres memastikan kemenangan Arsenal dengan gol enam minit sebelum tamat permainan.

“Dia pemain yang luar biasa dan semakin besar perlawanan, semakin selesa dia beraksi.

“Dia layak dinobatkan sebagai pemain terbaik perlawanan,” tambah Arteta mengenai Jesus.

Naib juara musim lalu, Inter, kekal dengan 12 mata selepas kekalahan ketiga berturut-turut dan jatuh ke tangga kesembilan, sekali gus berdepan risiko gagal meraih slot automatik ke pusingan 16 terbaik.

Inter kelihatan berjaya mengharungi tekanan awal, namun Arsenal membuka tirai jaringan apabila percubaan lemah Jurrien Timber disudahkan Jesus menerusi sentuhan cangkuk dari luar kotak enam ela.

Tuan rumah bangkit lapan minit kemudian apabila percubaan awal Nicolo Barella disekat sebelum bola muntah disambar Sucic yang melepaskan rembatan dari luar kotak penalti ke penjuru atas gawang, sekali gus menjadi gol kedua Arsenal dibolosi dalam kejohanan ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Mahasiswa Perlu Jadi Suara Anak Muda Kepada UMNO


Inter berpeluang mendahului permainan, namun rembatan Marcus Thuram melambung tinggi, dan kegagalan itu dihukum apabila Arsenal menjaringkan gol 14 minit sebelum tamat separuh masa pertama.

Arsenal kekal rekod sempurna tujuh kemenangan berturut-turut

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rumah Bangsa Cermin Komitmen UMNO Cari Titik Persamaan Parti-Parti Melayu/Islam

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker