8 komander al-Shabaab terbunuh dalam serangan udara

Sebaran :

ANKARA, 25 Rabiulakhir 1442H, Jumaat – Anggota Markas Tentera Afrika (AFRICOM) Amerika Syarikat (AS) pada Khamis membunuh lapan komander al-Shabaab yang didakwa terbabit dalam menghasilkan bahan letupan dan melancarkan serangan di Somalia, lapor Agensi Anadolu.

Dalam satu kenyataan AFRICOM berkata dua serangan udara yang menyasarkan pakar bom kumpulan itu, dilancarkan di sekitar Jilib dengan kerjasama kerajaan Somalia,

Menurut siasatan awal, “militan” itu dipercayai memainkan peranan penting untuk membekalkan bahan letupan kepada al-Shabaab “.

“Kami akan terus memberikan tekanan kepada rangkaian al-Shabaab. Mereka terus merosakkan keamanan Somalia, dan perlu dihalang dan ditentang,” menurut kenyaataan itu memetik Jeneral Tentera AS Stephen Townsend.

Serangan itu berlaku beberapa hari selepas Pentagon menyatakan AS akan membawa keluar “majoriti” tenteranya dari Somalia.

Pada Jumaat, jabatan pertahanan mengatakan Presiden Donald Trump mengarahkan agensi itu dan AFRICOM AS “untuk mengundurkan sebahagian besar tenteranya dan membawa keluar aset dari Somalia menjelang awal 2021.”

Tindakan itu bukan perubahan dasar, kata agensi itu.

Pentagon berikrar untuk “terus menghapuskan kumpulan pengganas yang boleh mengancam tanah air kita sambil memastikan kelebihan strategik dalam persaingan kuasa besar dapat dikekalkan.” – Bernama


Sebaran :

Leave a Reply