COVID-19: FDA syor penggunaan vaksin Pfizer

Panel penasihat vaksin pada khamis mengesyorkan penggunaan vaksin oleh Pfizer dan Biontech. – REUTERS/Dado Ruvic/Ilustration

SILVER SPRING: VAKSIN COVID-19 buatan Pfizer semakin hampir mendapat kelulusan akhir untuk digunakan di Amerika Syarikat.

Mesyuarat panel penasihat vaksin pada Khamis mengesyorkan penggunaan vaksin oleh Pfizer dan Biontech itu untuk jutaan rakyat Amerika.

Cadangan itu mendapat 17 undi bersetuju dengan empat tidak bersetuju selepas sesi pendengaran umum berlangsung selama lapan jam.

Hasil perbincangan mesyuarat itu mendapati vaksin berkenaan menunjukkan lebih banyak manfaat berbanding risiko untuk kebanyakan individu berusia 16 tahun ke atas.

Susulan pengesyoran itu, Pentadbiran Makanan dan Dadah Amerika (FDA) dijangka akan mengesahkan penggunaan vaksin itu dalam beberapa hari akan datang.

Selepas itu, penghantaran pertama 6.4 juta dos akan bermula dalam 24 jam selepas pengesahan FDA.

Amerika Syarikat pada Rabu merekodkan lebih 3,000 kematian hanya dalam tempoh 24 jam, rekod tertinggi di negara itu.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker