Resepi PKP: Jom Cuba Kudapan Popia Simpul, Rangup & Confirm Sedap!

Popia simpul atau lebih sinonim dengan panggilan popia simpul kasih merupakan salah satu hidangan kuih dan kudapan yang sangat popular dalam kalangan rakyat Malaysia, Selain rasanya yang rangup dan sedap, simpul kasih ini juga mudah didapati.

Terbaru, seorang pengguna Facebook iaitu Linda Shizzo ada berkongsi resepi inti popia simpul kasih ini dengan menggunakan ikan bilis dan udang kering. Haa korang boleh lah cuba untuk kudapan seisi keluarga.

 

Bahan-bahan

Kali ini saya kongsikan resepi inti popia ini guna ikan bilis dan udang kering. Ada orang guna isi ikan pun boleh tapi saya lagi suka guna ikan bilis dan udang kering sebab lebih cepat kering semasa proses memasak.

-200 gram ikan bilis yang sudah dikupas dan dibersihkan
-100 gram udang kering
-1 paket kecil serbuk cili
-1 cawan gula
-1/2 cawan air

Cara membuat inti

1. Ikan bilis dan udang kering perlu dibasuh dan dikeringkan.
2. Kemudian apabila sudah kering, blend ikan bilis dan udang kering menggunakan blender kering/tanpa air.


3. Masukkan gula dan 1 cawan air (kena pandai sukat air dan gula. Jika tak nak manis, kurangkan gula. Air pula jangan terlebih nanti inti lambat kering)


4. Apabila sudah larut, masukkan serbuk cili dan bahan yang sudah diblend tadi.
5. Kacau sehingga jadi kering atau jadi seperti serunding.


6. Biarkan inti semalaman untuk jadikan inti itu betul-betul kering dan berderai supaya tidak basah semasa proses pintal pada kulit popia nanti.

Langkah untuk kulit popiah

Untuk kulit popia, potong kulit seperto dalam gambar iaitu secara memanjang dan simpankan dalam bekas yang mempunyai tuala basah. Ini kerana, kulit popia akan cepat kering dan koyak jika dibiarkan terkena angin dan menyebabkan ia susah untuk pintal.

Dah siap!

Sumber: Linda Shizzo

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker