5 exco Perak akan angkat sumpah 2.30 petang ini
Lima exco Perak akan mengangkat sumpah terlebih dahulu petang ini.
Menteri besar baru Perak Saarani Mohamad berkata mereka akan mengangkat sumpah pada jam 2.30 petang ini setelah mendapat perkenan sultan.
Dia bagaimanapun masih merahsiakan siapa yang dilantik ke jawatan itu.
“Oleh kerana masa yang agak suntuk, maka sebuah kerajaan terlebih dahulu perlu ditubuhkan.
“Kerajaan Perak melalui undang-undang tubuhnya harus ada sekurang-kurangnya seorang menteri besar dan empat exco.
“Maka, pada pagi tadi, saya telah memohon untuk mengadap dan sembah maklum kepada DYMM supaya peringkat pertama ini saya cadangkan lima nama untuk diperkenankan Tuanku,” katanya.
You must be logged in to post a comment.