Ini Latar Belakang MB Perak Yang Baharu, Datuk Saarani Mohamad

IPOH: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah perkenan melantik Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Tampan, Datuk Saarani Mohamad sebagai Menteri Besar Perak.
Perkara tersebut dimaklumkan Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Abdul Rahim Mohamad Nor dalam satu kenyataan pada Rabu.
Katanya, keputusan itu selepas Sultan Nazrin mempertimbang cadangan serta yakin Saarani memperoleh sebahagian besar ADUN.
Pada malam Isnin, Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO sebulat suara bersetuju Saarani yang juga Pengerusi Perhubungan UMNO Perak diangkat sebagai calon Menteri Besar yang baharu.
Semua ADUN UMNO Perak juga secara konsensus menamakannya sebagai calon Menteri Besar yang baharu.
Berikut adalah latar belakang Saarani:
Anak kelahiran Lenggong, Perak ini dilahirkan pada 13 Mac 1961.
Beliau berumah tangga dengan Datin Aezer Zubir yang merupakan pesara guru dikurniakan 8 orang cahaya mata
PENDIDIKAN
Diploma Sains serta Pendidikan (Fizik dan Matematik), Universiti Teknologi Malaysia
Ijazah Sarjana Muda dalam Bidang Pengurusan Sumber Manusia, Open University Malaysia (OUM)
PENGLIBATAN DALAM POLITIK
ADUN Kota Tampan (2004 hingga kini)
Pengerusi UMNO Perak
Pengarah Pilihan Raya Kecil DUN Slim
JAWATAN PERNAH DISANDANG
Ketua Pembangkang DUN Perak
Bekas EXCO Pembangunan Luar Bandar dan Usahawan
EXCO Pembangunan Luar Bandar, Pertanian, Perladangan, Maklumat dan Pembangunan Modal Insan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker