2 anggota polis cedera kereta peronda kemalangan

 

JOHOR BAHRU: Dua anggota polis cedera selepas kereta peronda dinaiki mereka terbabit kemalangan di Jalan Mutiara Emas 7, Mount Austin di sini, pagi tadi.

Kejadian berlaku kira-kira jam 11 pagi selepas pemandu sebuah Perodua Myvi tidak sempat menekan brek dan merempuh kereta peronda terbabit dari belakang.



Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan (JBS), Asisten Komisioner Mohd Padzli Mohd Zain, berkata akibat pelanggaran itu, kereta peronda berkenaan terbabas dan melanggar tiang di tengah pembahagi jalan

“Kedua-dua kenderaan mengalami kerosakan, dengan pemandu dan kru kereta peronda polis mengalami kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu dengan tidak cermat.



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker