Dilahirkan Tanpa Betis, Kisah Anak Istimewa Minta Kaki Sempena Hari Lahir Buat Netizen Sebak

Sejak semalam, hantaran mengenai seorang kanak-kanak lelaki yang meminta kepada ibunya, Azlindahani Othman sepasang kaki sempena hari lahirnya bukan sahaja mengundang sebak ibu yang melahirkan tetapi warga netizen yang membaca.

Mahukan keadaan fizikal yang sempurna seperti abangnya, Syed Danial Syahmi Syed Mohd Yusuf, sembilan tahun dilahirkan dalam keadaan tanpa betis, masalah jantung berlubang dan sebelah buah pinggang sahaja.

Permintaan yang tidak mampu ditunaikan itu menyebabkan ibunya tergamam dan sebak kerana tidak mampu ditunaikannya.

Dilahirkan Tanpa Betis, Kisah Anak Istimewa Minta Kaki Sempena Hari LahirIni Buat Netizen Sebak
Sumber: FB Azlindahani Bt Othman

Bercerita mengenai Syahmi kepada Harian Metro, Azlindahani diberitahu mengenai keadaan anaknya itu sejak dari beliau hamil empat bulan lagi.

“Menurut doktor, Syahmi kemungkinan meninggal dunia dalam kandungan atau hanya mampu hidup untuk tempoh setahun saja selepas dilahirkan.

Ketika hamil empat bulan, doktor beritahu ada kecacatan dalam kandungan dan meminta saya melakukan ujian untuk mengenal pasti sekiranya ada kromosom yang berbahaya.

Sekiranya ada, doktor akan mengesyorkan saya menggugurkan kandungan tetapi saya enggan lakukan ujian kerana bimbang.”

Dengan izin Allah, Syahmi dilahirkan dan beliau tetap bimbang sekiranya Syahmi tidak hidup lama. Namun selepas doktor di Insitut Jantung Negara memberitahu jantung Syahmi boleh dirawat, beliau kembali bersemangat.

Dilahirkan Tanpa Betis, Kisah Anak Istimewa Minta Kaki Sempena Hari LahirIni Buat Netizen Sebak 1
Sumber: FB Azlindahani Bt Othman

Rata-rata Netizen tersentuh hati..

Biarpun serba kekurangan, ibu bapa Syahmi tetap menganggap beliau sebagai anugerah Allah yang sangat istimewa buat buat mereka sekeluarga.-Odisi.my

Pengorbanan Syahmi Syazli berhenti belajar berbaloi

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker