Bung Moktar tawar diri diuji vaksin Covid-19

Ahli Parlimen Kinabatangan Bung Moktar Radin menawarkan diri menjadi orang pertama di negara ini untuk menerima vaksin Covid-19.

Menggesa kerajaan agar mempercepat perolehan vaksin Covid-19 supaya dapat diedarkan segera kepada rakyat, kata Bung, jika ada pihak yang bimbang tentang keselamatan vaksin berkenaan, maka dia rela menjadi orang pertama diuji dengan vaksin itu.

“Panglima perang kena dahulu,” katanya ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan (Belanjawan) 2021 peringkat jawatankuasa untuk kementerian kesihatan di Dewan Rakyat hari ini.

“Saya dengar khabar, bahawa vaksin ini sudah ada, dan Indonesia dah memeterai perjanjian dengan China dan negara-negara lain. Kenapa Malaysia belum? Kalau (sudah) ada vaksin ini, keluarkanlah.

“Dan kalau perlu diuji awal-awal, sayalah orang pertama menawarkan diri, ujilah, saya tak takut. Saya mahu sihat,” katanya lagi.

Untuk rekod, kerajaan menjangkakan untuk memperoleh vaksin untuk 30 peratus populasi rakyat Malaysia melalui syarikat farmaseutikal Pfizer yang berpusat di AS dan melalui pelan global pengagihan vaksin Covid-19 yang digelar Covax.

Kerajaan memperuntukkan RM3 bilion seperti diumumkan dalam Belanjawan 2021 bagi pemerolehan bekalan vaksin berkenaan. Mk

Jaminan keselamatan terhadap vaksin Covid-19 diragui

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker