Presiden UMNO Ahmad Zahid tiba di Istana Kinta, Ipoh bersama Saarani untuk menghadap Sultan Nazrin

Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi tiba di Istana Kinta untuk menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Kenderaan membawa beliau dilihat tiba 9.50 pagi dan memasuki perkarangan istana dan difahamkan pertemuan kali kedua itu bagi menyerahkan dan memuktamadkan nama calon menteri besar daripada Umno.

Beberapa minit kemudian, kenderaan membawa Pengerusi Umno Perak Saarani Mohamad turut dilihat memasuki perkarangan istana.

Saarani dijangka dicalonkan sebagai menteri besar baharu, menggantikan Ahmad Faizal Azumu yang tewas dalam undian usul percaya terhadapnya di DUN Perak minggu lalu



Pada mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi Umno berlangsung semalam, Saarani dilaporkan turut hadir.

Sabtu lalu, Zahid sudah menghadap Sultan Perak, bagi memaklumkan situasi semasa selepas Faizal dijatuhkan melalui usul percaya terhadapnya.

Faizal adalah timbalan presiden PPBM dan kejatuhannya sebagai menteri besar menimbulkan ketegangan dalam hubungan parti itu dengan Umno.



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker