PRU15: BN akan buat yang terbaik rampas Bakri

MUAR: Walaupun Parlimen Bakri dianggap kubu kuat DAP, namun Barisan Nasional (BN) tidak pernah ‘patah semangat’ untuk merampas semula kerusi berkenaan.

Selain faktor calon yang diterima dan disukai ramai, usaha kuat serta khidmat berterusan pemimpin dan ahli akar umbi di kawasan tersebut mampu menjadi ‘daya penarik’ untuk pengundinya memberi peluang kepada calon BN pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Justeru, jentera BN perlu meraihkan sekurang-kurangnya 29,056 undi untuk memenangi kerusi tersebut pada PRU15 ini.



Pengerusi BN Parlimen Bakri, Datuk Mohd. Fuad Tukirin berkata, sasaran itu mampu dicapai sekiranya semua parti komponen iaitu UMNO, MCA dan MIC dapat memperoleh sokongan mengikut jumlah peratusan yang ditetapkan.

“Oleh yang demikian, semua arahan dan gerak kerja yang perlu diikuti adalah daripada Pengarah Pilihan Raya BN ditetapkan kepemimpinan tertinggi selain bekerjasama sebagai sebuah pasukan.

“Semua parti komponen perlu menunjukkan kesungguhan masing-masing memenangi hati pengundi bagi membuktikan keazaman kita untuk memberikan kemenangan kepada calon tanpa mengira siapa yang akan dicalonkan nanti,” katanya semasa merasmikan Jentera Pilihan Raya BN Parlimen Bakri di Taman Sakeh Baru, dekat sini, malam tadi.

Mohd. Fuad yang juga Ketua UMNO Bahagian Bakri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Naning berkata, untuk memenangi pertandingan, perkara utama perlu ditanam dalam diri jentera parti adalah melupakan perkara berkaitan kekalahan, susah atau rintangan yang mendatang, sebaliknya berusaha dengan mengatur strategi terbaik untuk mencapai kemenangan.



“Parlimen Bakri mempunyai tiga kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Bentayan, Bukit Naning dan Simpang Jeram dengan 34 Pusat Daerah Mengundi (PDM).

“Jika kita mampu melakukan kerja lebih daripada yang ditunjukkan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor baru-baru ini, saya yakin sasaran ditetapkan mampu diperolehi,” katanya.

Parlimen Bakri mempunyai seramai 50,210 pengundi Cina, 44,410 Melayu, 2,084 India dan lain-lain bangsa 528 orang.

Pada PRU14, Parlimen Bakri dimenangi calon DAP, Yeo Bee Yin yang memperoleh 38,718 undi menewaskan masing-masing calon BN dan Pas, Koh Chan Chai (15,507) dan Mohammad Zahrul Salleh (7,575). – UTUSAN



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rumah tangga Sakinah, Michael telah berakhir?



Tragedi Berdarah: Kakak baling pisau bunuh adik angkara berebut tempat duduk

Jiran samseng undang kecaman warga maya [VIDEO]



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker