Covid-19 : 1012 kes baru hari ini dengan 4 kematian

Kes sembuh merekodkan sebanyak 1,750 kes mengatasi kes baru iaitu 1,012 kes dalam tempoh 24 jam lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata daripada jumlah itu sebanyak 1,005 kes adalah penularan tempatan manakala bakinya adalah kes import.

“Selangor melaporkan jumlah kes harian tertinggi pada hari ini iaitu sebanyak 417 kes (41.2%), diikuti oleh Sabah 271 kes (26.8%) dan Johor sebanyak 108 kes (10.7%),” katanya dalam kenyataan.

Majlis Keselamatan Negara (Rasmi):
COVID-19; 8 Dis 2020



Jumlah sembuh baru:1750
Jumlah kumulatif: 64056 (85.1%)

Jumlah kes baru: 1012
Jumlah kumulatif: 75306
Jumlah kes aktif: 10862

Kes tempatan: 1005
Kes import:7

Jumlah kematian:4 (3 WN, 1 BWN)
Jumlah kumulatif:388 (0.52%)



Kes di ICU:126
Pesakit intubated:62

Pada hari ini, 8 Disember 2020, negara telah merekodkan kes harian baharu sebanyak 1,012 kes. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia sebanyak 75,306 kes. Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula adalah 10,862 kes. Daripada jumlah kes baharu berkenaan, terdapat tujuh (7) kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara manakala penularan COVID-19 dalam negara pula adalah 1,005 kes.

Negeri Selangor melaporkan jumlah kes harian tertinggi pada hari ini iaitu sebanyak 417 kes (41.2 peratus), diikuti oleh negeri Sabah 271 kes (26.8 peratus) dan negeri Johor sebanyak 108 kes (10.7 peratus).



Sebanyak 44 kes (4.3 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara yang membabitkan Kluster Tembok (24 kes), Kluster Bakti (18 kes) dan Kluster Penjara Seberang Perai (2 kes).

Perincian penuh jumlah kes mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1 dan 2 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

Sehingga kini, terdapat 126 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 62 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Dukacita dimaklumkan terdapat pertambahan empat (4) kes kematian COVID-19 pada hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 388 kes (0.52 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).



Perincian 1,012 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 8 Disember 2020 adalah seperti berikut:

Selangor: 417 kes
115 kes daripada kluster-kluster, termasuk 17 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Seruling;
116 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
Satu (1) kes import dari luar negara; dan
185 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Sabah: 271 kes
70 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
121 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
80 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.



Johor: 108 kes
63 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
22 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
23 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 98 kes
48 kes daripada kluster-kluster, termasuk tiga (3) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Tapak Bina Darul;
12 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
Lima (5) kes import dari luar negara; dan
33 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Pahang: 33 kes
31 kes daripada kluster sedia ada; dan
Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Perak: 29 kes
28 kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan
Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.



Negeri Sembilan: 23 kes
20 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Pulau Pinang: 18 kes
Enam (6) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
Lima (5) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
Tujuh (7) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Kedah: 10 kes
Lapan (8) kesdaripada kluster-kluster sedia ada; dan
Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Sarawak: Dua (2) kes
Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19; dan
Satu (1) kes import dari luar negara.

Kelantan: Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Wilayah Persekutuan Putrajaya: Satu (1) kes daripada kluster sedia ada.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker