Adun PAS dan PPBM menghadap Sultan Perak hari ini

Sebaran :

Istana Perak mahu melihat bukti sokongan ADUN PAS dan PPBM pada calon pilihan UMNO, selepas presiden parti Melayu itu selesai menghadap Sultan Nazrin Muizzuddin Shah pagi tadi.

Ahli Dewan Negara Perak, Mohd Annuar Zaini, memberitahu pemberita Sultan Nazrin mengarahkan semua lima ADUN PAS dan tiga ADUN PPBM menghadap baginda hari ini bagi membuktikan sokongan mereka untuk membentuk pentadbiran baharu.

Annuar berkata Istana Perak sudah dipersembahkan dengan perkembangan terkini namun perlu diyakinkan dan dibuktikan terlebih dahulu.

“Istiadat angkat sumpah jawatan menteri besar hanya akan dilaksanakan setelah Sultan Perak yakin sudah ada majoriti mudah untuk menubuhkan kerajaan negeri,” katanya di Istana Kinta, selepas Ahmad Zahidi Hamidi dan Pengerusi UMNO Perak, Saarani Mohamad, selesai menghadap.



Terdahulu, Zahid mengumumkan kepada pemberita calon partinya sudah mempunyai majoriti mencukupi untuk diangkat sebagai menteri besar Perak baharu, dengan PAS dan PPBM memberikan sokongan kepada pembentukan pentadbiran baharu.

Kenyataan Zahid tentang sokongan PAS merupakan perkembangan baharu kerana sebelum ini parti Islam itu, yang menyokong Faizal semasa undian percaya, mengumumkan tidak akan menyertai usaha pembentukan kerajaan Perak yang baharu.

Malah, PPBM semalam mengumumkan ia mahu mengukuhkan kerjasama dengan PAS sebagai jawapan kepada tindakan UMNO di Perak.

Faizal tersingkir pada Jumaat sebelum sempat membentangkan Belanjawan Perak 2021. Persidangan Dewan Negeri Perak yang dijadualkan bersambung Rabu ini tidak dapat diteruskan sekiranya tiada menteri besar dan sekurang-kurangnya empat ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri.




Sebaran :

Leave a Reply