Kemelut Politik Perak: Saarani Sahkan Kehadiran Dalam Mesyuarat Khas MT UMNO Malam Ini

Saarani akan hadir ke mesyuarat khas MT UMNO malam ini
Saarani yang merupakan ADUN Kota Tampan dikatakan antara calon Menteri Besar Perak daripada UMNO bagi menggantikan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu. – Gambar fail
IPOH: Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak Datuk Saarani Mohamad antara yang akan hadir ke mesyuarat khas Majlis Tertinggi UMNO di Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur malam ini.
Datuk Saarani Beliau mengesahkan perkara berkenaan ketika dihubungi Bernama.
Mesyuarat berkenaan akan dipengerusikan Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan dijangka memberi fokus kepada situasi pembentukan kerajaan baharu Perak
Saarani yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Tampan dikatakan antara calon Menteri Besar Perak daripada UMNO bagi menggantikan ADUN Chenderiang Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Saarani Sudah Dapat Sokongan 30 ADUN Jadi MB Perak

Jumaat lepas, pada persidangan DUN Ahmad Faizal yang juga Timbalan Presiden Bersatu gagal meraih sokongan majoriti dalam usul undi percaya terhadapnya dan secara rasminya telah meletak jawatan sebagai Menteri Besar Perak, semalam.
UMNO merupakan parti yang mempunyai kerusi terbanyak dalam DUN Perak iaitu 25 diikuti, DAP (16), Amanah (5), Bersatu (5), PKR (3) dan Pas (3), manakala Gerakan dan Bebas masing-masing satu kerusi.
Semalam, Ahmad Zahid tidak menolak kemungkinan melakukan penjajaran politik baharu dengan Pakatan Harapan sekiranya kerajaan Perikatan Nasional sedia ada tidak dapat dikekalkan.
Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming dan Pengerusi Parti Amanah Rakyat (Amanah) Perak Datuk Asmuni Awi turut dilaporkan berkata bahawa gabungan antara UMNO dengan parti mereka, adalah sesuatu yang tidak mustahil.
Malah, Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Perak Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak dilapor mengesahkan bahawa pihaknya telah mengadakan perbincangan dengan pimpinan UMNO negeri itu sebelum ini.
Saarani bagaimanapun enggan mengulas mengenai perjumpaan berkenaan.
BERNAMA

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker