Covid-19: Angsana Johor Bahru Ditutup 7 hari

JOHOR BAHRU – Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) mengarahkan pusat beli-belah Angsana Johor Bahru, di sini untuk menghentikan sementara operasi mereka bermula pukul 8 malam, hari ini sehingga 14 Disember depan.

Pengarah Kesihatan Johor, Datuk Dr. Aman Rabu berkata, arahan itu ekoran terdapat penularan kes Covid-19 yang dikesan di sekitar premis berkenaan.

“Arahan penutupan selama seminggu ini dibuat setelah pegawai Jabatan Kesihatan melakukan penilaian di premis berkenaan, hari ini.

“Penutupan sementara operasi pusat beli-belah itu bagi membolehkan kerja sanitasi dijalankan selain membolehkan pekerja premis terlibat menjalani saringan,” katanya ketika dihubungi pemberita, di sini hari ini.

Berdasarkan notis yang ditampal di pintu utama pusat beli belah itu, arahan penutupan itu dibuat dibawah Subseksyen 18(1)(f) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

Tambah beliau, beberapa premis di pusat beli belah berkenaan telah dikenalpasti mempunyai sejarah kontak rapat dengan kes positif Covid-19.

Baru-baru ini tular di media sosial yang mendakwa terdapat jangkitan Covid-19 di sekitar pusat beli-belah berkenaan sehingga menyebabkan orang ramai mendesak agar premis berkenaan dihentikan sementara operasinya.

Tinjauan yang dilakukan di pusat beli-belah berkenaan mendapati beberapa premis telah menutup sementara operasi mereka atas inisiatif sendiri seawal pukul 11 pagi, hari ini.

Ada antara premis berkenaan telah meletakkan notis pemberhentian sementara operasi kedai mereka.

Antara premis yang telah menghentikan operasi sementara termasuklah butik pakaian, restoran dan kedai jam.

Pekerja Mac City Di Pusat Beli-Belah 1 Utama Sah Positif Covid-19

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker