Pekerja Mac City Di Pusat Beli-Belah 1 Utama Sah Positif Covid-19

Share

Pusat beli-belah itu segera menutup premis berkenaan untuk tujuan pembersihan sanitasi.


Pihak pengurusan, 1 Utama Shopping Centre telah mengumumkan bahawa seorang kakitangan penyewa di sebuah premis mereka didapati positif Covid-19

Menurut kenyataan di Facebook oleh pusat beli-belah itu hari ini, 5 Oktober, pihaknya sebelum ini secara lisan telah diberitahu bahawa terdapat seorang kakitangan di Mac City Service Centre di tingkat dua berkenaan positif Covid-19.


Pihak pengurusan turut menjelaskan bahawa kakitangan itu belum masuk ke tempat premis berkenaan sejak hari Rabu, 30 September yang lalu dan telah mengambil cuti pada hari berikutnya pada 1 Oktober.

Setakat ini, kakitangan tersebut berada di bawah rawatan hospital kerajaan.

Pusat beli-belah itu juga menyatakan bahawa mereka belum menerima pemberitahuan rasmi dari Kementerian Kesihatan (KKM) mengenai pesakit tersebut.

Berikut di bawah adalah kenyataan rasmi penuh yang dikeluarkan oleh pihak 1 Utama:


Says

Wanita ‘bergaya’ kantoi curi pakaian

Faham Risiko Covid-19? Tiada Tegahan Bawa Kanak-Kanak Keluar Semasa PKPP – Pak Long Mail

Leave a Reply