Perak, PPBM dakwa UMNO bersikap rakus politik

Usul undi percaya sehingga menyebabkan bekas Menteri Besar Perak hilang jawatan semalam tidak harus mencemari sidang perbahasan belanjawan negeri.

Menurut Ketua Bersatu Bahagian Bandar Tun Razak, Mohd. Shahni Ismail, tindakan tersebut secara tidak langsung menunjukkan tahap pemikiran segelintir ADUN yang cetek.

“Dalam rakyat bergelut dengan keadaan ekonomi yang makin menghimpit, politikus UMNO terus menunjukkan kerakusan politik
mereka.

“Sikap tamak pemimpin UMNO ini tidak menunjukkan mereka sesuai sebagai parti Melayu dan Islam seperti yang mereka laung-laungkan sebelum ini, demi meraih kemenangan mereka sanggup bersekongkol dengan DAP.



“Ia juga menggambarkan bahawa ada sesetengah pemimpin dari UMNO rela mengkhianati perpaduan ummah demi mahukan kuasa untuk puak mereka sahaja.

“Seharusnya ketika ini kesejahteraan rakyat adalah keutamaan berbanding berbezaan politik seperti ini. Rakyat sudah muak dan jelak dengan permainan sebegini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menyifatkan tindakan ADUN UMNO di Perak itu sebagai pengkhianatan dan gila kuasa, Mohd. Shahni bagaimanapun merakamkan penghargaannya kepada Pas yang mengambil langkah berkecuali dalam isu tersebut. MG

Pas sifatkan Shafie rakus, Anwar kamikaze



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker