Pas sifatkan Shafie rakus, Anwar kamikaze

Share

SHAH ALAM – Isu penularan pandemik Covid-19 di Sabah boleh dielakkan sekiranya Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal tidak rakus mencuba nasib untuk kekal menjadi Ketua Menteri walaupun telah hilang kepercayaan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

Ketua Penerangan Dewan Pemuda Pas Malaysia, Nazir Helmi berkata, sekiranya Mohd Shafie menerima hakikat dan memilih untuk menyelamatkan Sabah serta negara, sudah pasti situasi buruk yang melanda negara kini boleh dielakkan.

“Sebaliknya, beliau memilih dengan menyerahkan tampuk pemerintahan kepada gabungan parti yang mempunyai kerusi majoriti melalui Pilihan Raya Negeri (PRN).

“Akibatnya kerajaan, negara dan rakyat menerima kesan cukup besar dengan kadar jangkitan Covid-19 yang meningkat secara mendadak berpunca daripada jangkitan yang dibawa pulang selepas daripada kehangatan tempoh berkempen dan segala urusan di Sabah,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Sementara itu, Nazir berkata, belum reda situasi di Sabah, terdapat seorang lagi tokoh Pakatan Harapan (PH) yang sedang mencuba perkara sama di negara ini iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Shafie Apdal Bengang Dengan Perikatan Nasional, Dakwa Cuba ‘Berkawan’ Wakil Rakyat Warisan

Katanya, tindakan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu seolah-olah cuba meletakkan nyawa rakyat sebagai taruhan melalui kenyataannya yang mempunyai majoriti untuk menukar kerajaan.

“Sedangkan, perkara itu masih lagi tidak dipastikan tetapi kerana hendak mengejar kedudukan sebagai perdana menteri, beliau menggalakkan ke arah Pilihan Raya Umum (PRU).

“Kita lihat ini adalah cubaan Kamikaze yang cukup jijik jika benar PRU mahu dilakukan oleh beliau, sedangkan rakan-rakan sekutu dalam PH pun masih terpinga-pinga terhadap langkah yang dibuat oleh tokoh ini,” katanya.

Justeru, beliau berkata, Pemuda Pas meminta agar Anwar menunjukkan contoh teladan yang baik sebagai ‘orang tua’ yang ingin melihat Malaysia terus berada dalam keadaan selamat tanpa memikirkan tentang perut dan isi kepentingan peribadi untuk menjadi seorang Perdana Menteri.

“Lihatlah apa yang berlaku kepada Sabah dan beberapa tempat lagi yang sudah terkesan. Bersimpatilah kepada rakyat yang sedang mahu membangunkan kehidupan mereka setelah melalui tempoh PKP yang cukup memeritkan,” katanya.

Shafie di tengah-tengah ketegangan Anwar-Tun M

One thought on “Pas sifatkan Shafie rakus, Anwar kamikaze

  • October 7, 2020 at 05:36
    Permalink

    Malaysia adalah milik semua rakyat yang memilikan nombor kad pengenalan. Saudara pas Lupa sejarah dimana rakyat asal malaysia iaitu Kuam orang asil di negeri kelantan diusir tanah adat Mereka tanpa apa Jua bantuan asa untuk Mereka walaupun serba kurangan hidupan hari mereka.

    Di negeri sabah bekas MB diganggu Oleh dato musa untuk kembali sebagai mentri sabah dan untuk mengatasi masalah tersebut pemilihanraya adalah care yang terbaik untuk rakyat sabah mengikut lusan perundangan akta spr.

    Di Kuala Lumpur PH adalah kerajaan sah sehinggia parti sekarang dengan majoriti tipis. Ini belaku kerana segelintir tidak sependapat cadangan asal. Waktu ahlian kuasa pasukan Lupa amantah Dan janji janji kepada rakyat sebelum pemilihanraya dan nasib menebilhi saudara DSAI masih ada pihak tidak puasahati Saudara DSAI yang sekian lama Tanpa sebab untuk beliau mendapakan sokongan majoriti rakyat dan ahil parliament.

    Saya rasa Saudara pas mengatakan ayat jijik adalah tidak benar sama sekail perkembangan politik tanahair Malaysia.

    Sekian termasuk kasih.

    Reply

Leave a Reply