Bahrain Negara Kedua Luluskan Vaksin Covid-19

Manama: Bahrain pada Jumaat mengumumkan kelulusan penggunaan kecemasan vaksin Covid-19 yang dibangunkan Pfizer-BioNTech.

Ia sekali gus menjadi negara kedua selepas Britain yang berbuat demikian.

Britain pada Rabu lalu menyatakan proses vaksinasi itu dijangka bermula minggu depan.

Dalam pada itu, Bahrain masih belum memperincikan tarikh pihak berkuasa akan memulakan proses vaksinasi.

Setakat ini, negara itu merekodkan lebih 87,000 kes Covid-19 dengan 341 kematian.-HM

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker